Friday, September 11, 2020

Gotong Royong - Sg Bukit Merah

 Hari berkesempatan hadir gotong-royong anjuran Ahli Majlis MPSPK. Hadir untuk belajar berkomunikasi dengan orang kampung dan pelbagai agensi. Sememangnya rasa bnyk perkara kena belajar. Keperluan berjumpa dan kenalpasti masalah di tapak sangat penting. Masalah utama adalah peruntukan.. kita bantu apa yang terbaik untuk orang kampung dan penduduk.. Maaf la. komunikasi cheq ngan org kedah ni lain. depa dengtaq pun tau yg cheq ni org luaq.. kui kui kui.. nak cakap KL nnti kena gelak pulakk. apa pun kita redah p..







Thursday, June 4, 2020

Kusut...

Selama beberapa bulan kusut sangat rasa. Rasa sesak sgt dlm dada ni.. Tapi pikir yang positif ja.. Allah dah atur segalanya. Mungkin kau terlalu sombong sblm ni. belajar untuk rendah diri. mungkin kau terlalu kasar, belajarlah untuk berlembut. Mungkin kau terlalu masam, cuba lah untuk senyum.. apa yang penting segala perubahan bkn sbb manusia tapi utk ALLAH..Penat pikir masalah pejabat.. aku mmg tak ramai kawan. biasa masalah adalah di pejabat. Tp bila renung balik. Solat sunat mohon padaNya. ternampak sesuatu. Masa bnyk pikir kerja sahaja. terlalu pikir nak bagi terbaik untuk kerja. Tanpa disangka sudah tersombong, termarah, terguris hari org.

Done luahan.. ni nak cerita ttg ajar anak-anak mengaji kat rumah. Moga kekal istiqamah..




Monday, May 11, 2020

Gas Hob Berkecai


Berkecai sudah gas hob ku setelah berjasa selama 4 tahun.. Satu kerja lagi nak cari yang baru. Tapi kali ni nak pakai yang jenis stainless steel. Geram pun ada, time puasa ni la nak pecahnya. Dugaan sungguh...

Tuesday, May 5, 2020

Tetap Hati

Hati ni mudah betul berbolak-balik. kadang-kala berfikir macam orang hilang akal. "Ok aku kena positif.." Tapi realitinya sukar.. bila perasaan benci dan negatif datang perasaan tu akan kembali kepada asal. Penat... Tapi itu lah kehidupan.. nak set positif bukan mudah tapi yang penting kena kuat.. Doa bnyk2.. solat mohon pada Allah.. Dia yang maha pengampun dan penyayang. Apa2 berlaku mmg telah ditentukan. Belajar untuk redha.. Insya Allah mudah segalanya..

Ya Allah kau Maha Baik.. Permudahkan lah urusan ku. Tetapkanlah hatiku.. Diaku kuatkan lah diri ini...

Monday, May 4, 2020

PKP shopping at Shopee

Bersawang blong ni. Lama tak update. nak cerita mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP. Sampai hari ni dah masuk PKP ke-5.

PKP Fasa 1 : 18/3/2020 - 1/4/2020
PKP Fasa 2: 1/4/2020 - 14/4/2020
PKP Fasa 3: 14/4/2020 - 28/4/2020
PKP Fasa 4 : 28/4/2020 - 4/5/2020
PKPB Fasa 5 : 4/5/2020

Sepanjang tempoh tu dah lama duk rumah. Tapi masih menjalankan kerja-kerja pejabat dari rumah. Aku ni dah ler pejabat 60km jauhnya. nak masuk pekan Alor Setar tu jenuh jugak nak cari jalan untuk sampai ke pejabat. Bnyk jalan tutup lagi...

Duk di rumah ni apa lagi, tak leh keluar so semua di hujung jari kan... beli barang guna shopee ler..

Just nak share je ye. senarai barang n kedai dlm shopee tu sepanjang aku duk rumah ni...

Ni beli mask. So far ok lah mask ni. Yang ni sebelum harga jadi RM1.50 sekeping. 

 Yang ni makanan kucing. Baru try jenama ni. Awal2 depa ni suka. Lama2 boring. Penghantaran pun OK

Beli motor kipas ni sbb nak jimat tak mau beli kipas baru sbb yang rosak motornya. so boleh guna dah kipas tu lepas ganti motornya. Penghantaran pun bagus..

beli sbb nak kisar kasar2. Mula2 nak beli jenama tupperware tp hubby kata jimat.. so kita try beli Cosway ni. Sampai hari ni masih tak rosak lagi ye. Penghantaran pun ok. 

Beli mesin ni sbb hubby dah rimas.. rambut dah panjang. yang guna benda ni hubby n Adib je. Si Adam tak mau potong rambutnya. Lagi rela biar rambut panjang dr abahnya potong. takut tak hensem n tak kena ngan style dia.. hmm.. penghantaran pun ok. Dari segi harga ada yang lg murah dari kedai ni. kualiti barang pun masih ok..

Ayam ni beli sbb lama dah tahan diri dr beli. Last2 beli gak. jimat ruang n cantik gak. seller ni wrapped benda alah ni dgn baik. n puas hati..

Tikar mengkuang ni pun penghantaran cepat. Cuma warna tak dpt purple. seller tu bg warna merah. ok lah.. nak lapik meja makan ja pun..

Beli buku ni seller tu cepat sgt tp penghantaran lambat. tp tak dela lama sgt. masih boleh di terima lagi.

Yang ni wet food. penghantaran lewat.

Pregnancy test ni pun lambat. Seller kata tak dak stok. Dari segi accuracy jgn tanya ya. Beli sbb tempoh PKP kan... 

Ada lagi beli kat shoppee ni. bnyk lagi. ni saja nak share kedai2 yang aku beli. Mana tau hampa2 pun mmg berhajat nak membeli. p cari kat kedai tu na..


Tuesday, September 18, 2018

Cerita hari ini

Hari ni saja nak tulis ttg Hospital Kerajaan (HK) vs Hospital Swasta (HS).For me lebih kpd hospital kerajaan. Sbb satu ukur baju kat bdn sdiri, I tak mampu nak p swasta. Lebih suka p hospital kerajaan. Even ketiga2 anak pun lahir kat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Yep, layanan mmg berbeza. Tp bayangkan la berapa org depa nak kena layan. Dan tiap2 org mcm2 perangai n ragam. To me lepas apa2 yg nurse or doktor dah beri ucap la terima kasih. Depa pun penat tp cuba sebaik2 nya nak senyum. Satu lg masa. Mmg kena tunggu lama bila p HK tp bila p ke sana depa akan check sedetailnya dan tak risau dgn bil yg akan kena byr. Mmg kena tunggu lama.

Kan HK kena tunggu lama kan, bila p sana, baru2 ni la tgk ramai yg dah berusia yg ada masalah kesihatan p hospital sendirian. Mana nak p ambik nombor, daftar, jumpa doktor n beratur ambik ubat lg. Aduhai...simpati sgt2...

N lastly, update pasal Adam. Tgn nya masih kena simen. Tp separuh shj. Masih tak baik lagi. Doakan Adam cepat sembuh. Amin


Sunday, September 9, 2018

Patah Tangan

 Lama tak update blog ni. Dah bersawang dah.. Nak citer pasal Adam patah tangan. Petang(30/8/2018) tu seperti biasa dalam jam 4.30 ptg p sekolah ambik Adam untuk hantar ke kelas piano. Tapi bila masuk kereta Adam kata sakit tangan nye and tak mau p kelas. Kita ni dah biasa dah ngan akai panjang pakcik ni n ingat dia buat akai la tak mau p kelas piano. End up call cik suami n katanya ikut jer la tak p kelas hari tu..

Kita ni dalam hati membara gak la.. Lepas hantar Adam balik rumah kita pun keluar la cari makanan sbb dlm otak ni pk dia buat akai ja. Lepas balik dari beli makanan tu tgk dia selubung kat selimut tahan sakit. N check tangan dah bengkak teruk. Hari tu pulak hari Khamis Abg Ard (tukang urut) tak urut. Pk nak p hospital, hubby kata tak pe try juga p umah Abg Art untuk tgk kan tgn nya. Bila Abg Art tgk katanya kena bwk p hospital.



P hospital kat emergency Dr. kata ada patah. so kena simen. Datang minggu dpn utk follow up. Keputusan nya leh bukak simen after 3 weeks. Alhamdulillah. sbb bulan 10 ni ada masuk Okestra kebangsaan di Taiping n bulan 11 ada lawan keyboard pulak. Dugaan anak membesar.. 



Sunday, February 14, 2016

Pum malish aria

Hari ni nak cerita mengenai pum susu Malish Aria. Pum ni double pum. Senang nak bila masuk kerja nnti. Sbb beli pum ni??? Sbb harga n tak berapa bising. Masa nak beli tu kata kat seller aku nak double pum n senyap. Dia recommend malish aria n spectra 9. So aku pilih malish aria.  Aku dah ada spectra 3. Tp tu 5 tahun lps lamanya pum ni. Tak hantar servis lg, mungkin sbb tu bila buat double pumping rasa kekuatan sedutan tu tak sekata.

Mengenai bunyi pula. Bg aku semua pum sama je. Mmg akan keluarkan bunyi sedutan. Cuma kuat ngan tak jer.

Malish aria ni leh guna power bank. Ia ringan.  barangan nak cuci pum tak banyak. Harga dia RM399. Beli kat Pumponthego Sungai Petani. Ada 1 tahun warranty.  Beli pum ni dpt free gift. Aku dpt 4 botol susu, beg susu, ais dan pum manual.

Pada aku, kalau nak susu bnyk mmg kena pum hari2. Tak boleh skip. Tak kisah la nak beli single pum or manual. As long as kita pum, insyaAllah kita akan dpt simpan stok bila nak kerja nnti. Susu ibu ni berdasarkan demand n supply. Ada demand ada la supply. Kalau demamd sedikit supply pum sedikit.
 Harap dapat bg info kpd anda yg tgh nak cr pum ya.


Sunday, June 14, 2015

Alhamdulillah

Hari ni dah sebulan lebih bekerja sebagai penjawat awam. Syukur sangat sbb Allah makbulkan doa. Lg 2 hari akan jalani ibadah puasa. Kali ni dapat puasa penuh.. Alhamdulillah.

Rutin baru adalah tiap-tiap hujung minggu kena balik ke Kedah sebab anak-anak masih di Kedah. Urusan nak tukar sekolah pun masih tak dapat buat keputusan. Sebabnya rumah sewa masih belum cari dan sayang untuk tukar sekolah Adam. Adam sekarang sekolah di SBT. So kalau keluar sgt2 sayang. Harap dapat buat keputusan secepat mungkin.. Doakan yang terbaik ya untuk kami.

Cuti sekolah 2 minggu, anak2 duk KL. Jalan2 di KL. pergi Farm in th City.Walaupun tempatnya tak besar tp anak-anak boleh sentuh dan bagi makan kat binatang-binatang kat situ. Kalau bawa pergi zoo anak-anak hanya boleh tengok sahaja, tapi pergi ke Farm in the City diaorang boleh bagi makan lagi. Boleh tengak gelagat anak-anak.



Monday, April 13, 2015

Calon Simpanan lantikan ke lantikan tetap

Hari Selasa lepas tetiba je dpt call dr SPA. Time tu mmg terkejut sgt sbb dah tak pk pun akan dapat tawaran lg. Sbb tahun lepas iv then br dipanggil. Setahun gak la dlm calon simpanan. SPA call nak suruh email or fax dokumen kat diaorg utk pengesahan dan seterusnya kluarkan surat lantikan. Masa call nak bg tau dah fax semua dokumen aku tanya gak la dpt jabatan mana n dia kata JPS. So now tunggu surat shj..


Asyik duk tanya bila la posmen ni nak mai ni...