Saturday, September 14, 2013

Taman Jubli..

Ari ni bwk anak2 g Taman Jubli. g main kat taman permainan.. Sian anak2 duk umah jer.. Skali sekala bwk la diaorg kluar...

 Tgk tgn kiri Syifa, masih tak berapa nak mencengkam.. Tp alhamdulillah ada perubahan.. tak leh nak mengharap terus elok. 

 Nak harapkan aku nak jaga anak2 mmg tak terkawal... Abah jugak yg kena ambik peranan...

 Lastly.. ni upah.. n Adam pulang tgh kumpul batang ais krim.. Layan kan aje yer...

Makan aiskrim lupa bwk tisu.. jwp nye habis melekit tgn si adik..

Thursday, September 12, 2013

Suami....

Ari ni tgk Semanis Kurma at TV9. Tajuk ari ni "Sama-sama curang".. kebnykan pemanggil semuanya wanita.. Sedih n simpati dgr cerita masing2.... Wanita @isteri diuji disaat kesusahan tetapi lelaki@suami diuji disaat kesenangan.. Dlm masalah ni mmg yg jd mangsa ialah anak2.

Aku bersyukur sgt2 sbb en. suami OK.. walaupun bnyk kekurangan tp tak seteruk pemanggil2 dlm tv td.. Masih boleh tolong buat kerja rumah n jaga anak2... Bila pk keburukan mmg banyk sampai kita lupa kebaikan dia kan.. huhuhu... sorry syg...

Apa2 hargai lah suami anda walaupun bnyk kekurangan tp org lain ada yg lebih teruk dari kita. Kadang2 aku rasa ssh tp sebenarnya ada org yang jauh lebih ssh.... hargai lah kehidupan ini. sbb Allah lebih mengetahui segala nya.. Allah menguji seseorang sbb Dia tahu kita boleh menghadapinya.. Insya Allah...


Dok umah jer..

Setelah habis pengajian n aku duk umah jer. Jaga anak2 sbb plan nak sambung bljar lg tp next year br start.. so duk bersenang lenang di rumah.. tp tanpa income, kena la bergantung pd en hubby.... nak beli pape terhad la skit.. so dgn masa yg bnyk ni aku pun kluarkan balik la kotak kesayangan aku tu. hampir setahun setengah la tak bukak sbb tak de masa..


This is my kotak kesayangan..

Next step tgh godek2 cari new or latest design untuk manik2 ni.. sgt suka.. and tis ada a few design yg br jahit as contoh sblm transfer ke baju... lama sgt pakai bj yg tak de jahit manik ni...


Harap dipermudahkan segala urusan...

Sunday, September 8, 2013

Selesai

Alhamdulillah dah submit hardcover untuk tesis. ini bermakna selesai sudah pengajian di UPM selama 2 tahun setengah (termasuk urusan menungggu VIVA and lain2 urusan selama 1 tahun)..

Inilah hasil kesabaran aku..n thanks to my supervisoe Dr Amimul Ahsanyg sgt2 membantu dlm buat project n research ni. dia target aku sambung lg tahun ni. tp taksempat nak daftar sbb urusan nak kluar surat senat tu pun bln ogos br dpt. student br masuk bulan September. so tahun 2014 br leh sambung PhD. Insya Allah. 6 bulan ni duk tak de buat apa.mungkin nak teruskan projek aku yg dah tertunda..


Wednesday, August 21, 2013

Cerita tentang raya.. 2013

Alhamdulillah puasa tahun ni kami dapat berpuasa bersama walaupun hampir 2 minggu my hubby tiada di sisi kerana mencari rezeki untuk kami d Perak..Tahun ni kami beraya d Kedah. Turn my hubby ye coz last year was my turn so kami gilir2 baru adil n tak de nak gaduh2 manja... As usual b4 g solat aidilfirtri kami anak beranak bermaafan n ke masjid berhampiran.. Kali ni Syifa behave, so saya boleh solat dgn aman..

Then g umah my mertua, bermaafan n makan2... Lps tu g jln umah tok n sedar2 my hubby b4 kami bertolak balik ke Perak untuk berhari raya ngan my family pulak... n mmg keta bnyk sgt dan my hubby dah terlalu letih untuk drive maka dengan itu dia terpaksa membenarkan sang isterinya memandu pada waktu mlm... Dlm sejarah kot suami ku bg drive jauh.... walaupun my hubby ngantuk tp still tak leh tido sbb masih tak yakin pd isterinya k.. ye la.. isteri nye ni masih tak cekap seperti dia ok...


Anak2 xcited.. lagi2 Adam sbb dia berjaya puasa penuh tahun ni.. So Adam dah faham n sgt2 tak sabar raikan hari kemenangan nye...

Alhamdulillah Ya Allah kerana dikau memberi kami peluang utk meraikan Aidilfitri lg...









Sunday, June 9, 2013

Alhamdulillah... Dah hampir habis...

Apa yg hampir habis tu??? Pufffff.... Dah VIVA.. Yeay... so the very the last huhuhu.. is submit the hard cover thesis... but before that need to do some correction..

Any tips b4 VIVA..
Yeah... of course before nak presentation akan gugup yg teramat sgt.. tp apa yg penting kena faham apa yang kita buat.. n to overcome our nerveous is SOLAT.. yup solat sunat bnyk2.... mmg berkesan

During VIVA.. bila semua examiner dah datang. diaorang akan suruh kita keluar dulu sbb diaorg nak discuss report yang dah dihantar oleh examiners masa baca draft thesis kita tu. then chairman akan panggil semula n starts presentation kita tu... ikut la examiner tu mcm manakan.. Ada yg akan tanya masa kita tgh present. tp during my time examiners just ask the questions after the presentation...

After habis presentation akan ada soalan... tp jwp dengan yakin.. jgn tak jawap plak. tak kisah la logik ke tak. asalkan jwp n yakin.. Sbb apa? sbb saya dah melalui nya... huhuhu....

After dah tanya bnyk soalan... Kita disuruh keluar... n bila panggil  masuk akan ada keputusan nya. n Alhamdulillah lepas jugakkk....

So GOOD LUCK for those yg nak melalui VIVA nnti...

Sunday, April 14, 2013

Surirumah sepenuh masa

Alhamdulillah, dah masuk 3 bln masih menunggu masa untuk pembentangan akhir... masih belum ada jawapan dr examiner.. agak2 nya thesis tak berapa baguskan.. Hmm.. doa n tawakal sahaja kali ni.. yg jd segan nya ialah bila org2 sekeliling tanya.. dah habis ke? kenapa lama sangat? dah kerja ke?

kalau saya ada kuasa dah lama saya suruh examiner tu bagi report cepat.. kalau teruk sekali pun cepat la anta komen.. at least saya tahu la apa sbb lambat.. bersabar ye...

duk rumah mcm biasa rutin sebagai surirumah mmg penat gak la.. tp lama2 boleh biasakan diri... tgk anak2 membesar depan mata sgt seronok.. belajr lebih bersyukur... berhenti bersungut...

kewangan juga terjejas teruk..mcm2 nak kena buat n kena kumpul duit.. bln 5 ni nak ke Vietnam, bln 5 jugak mungkin akan ke Pulau Tioman, bln 9 g Sabah.. n kalau ada rezeki mungkin awal tahun depan nak ikut anak2 g ke Hong Kong.. Ikut anak2 tu.. sbb makcik2 n atuk n opah mungkin nak bawak Syifa n Adam g Hong Kong... so ingat kalau diizinkan nak ikut jugak...

duk d Kedah, dapat jugat bawak Syifa g urut tgn n kaki.. ada gak perubahan.. Alhamdulillah.. dekat skit...





Sunday, March 17, 2013

dugaan..

dugaan dtg lg.. tahap kesabaran makin menipis. adakah ini bermaksud akan ada noktah tanda akhirnya??? Ya ALLAH kuatkan la aku semua nya demi anak2.. terlalu pedih utk menaggung. sikap yg tak berubah. puas membantu tp masih mcm tu. janji mcm2 tp mcm tu jugak... alasan dah mencuba. tp tak pk ke semua ni tanggungjawab dia..aduhai ssh benar nak bercerita di ruangan ni. sbb ia peribadi. tp dimanakah nak aku luahkan?? hanya pd mu YA ALLAH aku memohon dan merayu...

Friday, February 22, 2013

lama menyepi..

Sebenarnya sudah lama tidak menulis dlm blog nikan.. sbb skarang dah berada di Kedah sementara menunggu tarikh VIVA. dah hampir 2 bulan masih tiada tarikh.. yela kan GSO dah kata tunggu antara 2-3 bulan. so tunggu sahaja k.. Kembali ke Kedah bereti kembali menjalankan rutin sebagai mama dan isteri. yg paling penting sebagai isteri.. sbb dah hampir 1 tahun duk asingkan.. so my hubby kena la uruskan diri sendiri sementara bininya habis belajar..So now bini dah habis blajar kena la uruskan suami ku yg tercinta itu...

Mmg tak terkejar masa sebenarnya.. cepat benar lari nya.. Cepat je dah hari baru.. la ni tengah bagi semangat kat my hubby untuk merangka pelan kehidupan kami seisi keluarga. Yela suami ku tiada pekerjaan tetap, kerja sendiri so kena la pandaikan.. dah bnyk kali jatuh tapi masih tetap cuba untuk bangun.. Insha Allah ada jalankan..

Skarang ni duduk kat Kedah ada peluang untuk bawa Syifa pergi berurut. dan Alhamdulillah ada perubahan. Insha Allah akan updated lg selepas ni k..