Tuesday, November 18, 2014

Perkembangan Terbaru



Alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi milik Allah... Sudah agak lama tidak menulis kerana kengkangan masa dan aktiviti rumah yang lain.. Minggu ini adalah minggu terakhir Adam bersekolah di sekolah tadika sebelum melangkah ke sekolah rendah. Keputusam peperiksaan Adam juga sangat bagus (alhamdulillah). Tahun depan Adam akan bersekolah di SK Ibrahim. Nak masuk ke SK Ibrahim ni pun ada exam nya..  Sebab sekolah tu adalah sekolah berprestasi tinggi. Moga2 Adam akan menjadi insan yg berguna di masa hadapan (Amin)..


Syifa pulak tahun depan baru nak hantar ke sekolah tadika sepenuhnya. Sebelum ni hanya hantar ke kelas bahasa inggeris (Vital Year) seminggu sekali. Walaupun cikgu kata Syifa slow skit membaca tp yang penting aktiviti yang dijalankan Syifa boleh ikut dan Syifa seronok ke kelas. Tahun depan Syifa akan saya hantar ke Tadika Kemas berhampiran dengan rumah. Senang kalau ada apa2 hal.. Dan mengenai terapi Syifa, kami masih lagi meneruskan terapi di hospital dan kalau diizankanNYA awal tahun depan Syifa ada appointment MRI. Appointment pertama selepas 4 tahun. Sebelum ini hanya ujian CT Scan sahaja yang dijalankan, itu pun semasa awal kelahiran, Kali ni kami request nak buat MRI, kami nak tengok perkembangan keseluruhan bdn Syifa. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.


Syifa gak ada ikuti aktiviti hospital (horse back riding) once a week. Sangat2 membantu.. dan sebenarnya anak2 istimewa ini sgt berani. mengapa saya katakan begitu, bayangkan kita yang normal nak naik kuda yg besar dengan tinggi nya.. MasyaAllah rasa gayat sgt. Tp bdk ni berani, siap boleh lepas tgn lg.. Aktiviti ni adalah inisiatif Puan Vino. One of the OT staff kat Hospital Sultan Abdul Halim, SP. Allah anugerahkan kami seorang juruterapi yang sgt berdedikasi. bnyk aktiviti yang beliau cuba adakan. Kami sgt2 berterima kasih...

Tuesday, April 8, 2014

Prosedur mohon MyBrain15

MyBrain15 ni salah satu inesiatif kerajaan untuk melahirkan ramai tenaga kerja yang berpendidikan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi.. So.. kerajaan bagi peluang kat sesapa yang berminat melajutkan pelajaran utk master or PhD.  K untuk Master kerajaan akan support yuran sahaja n also after habis Viva bila kita submit hard cover (final) thesis n borang tuntutan thesis akan dpt la maximum RM3000.

Bagi PhD kerajaan bagi elaun sara diri maximum RM2300/month, yuran n elaun thesis n journal. ni bagi yang tak bekerja sahaja. bagi bekerja contoh kakitangan swasta/pensyarah IPTS/ kakitangan kerajaan (kontrak/sambilan/sementara)/ pesara kerajaan layak untuk bantuan yuran .

So kat sini nak share cara mohon myPHD, masa mohon master tak ingat sgt tp rasanya lebih kurang sama.

1. Kena register n isikan butiran diri. (kena ada surat tawaran dari universiti)
2. kena upload kad pengenalan, proposal, transkrip, surat tawaran kemasukan universiti, n borang pengesahan maklumat pemohon. (semua ni kita photostat n kena buat pengesahan sblm scan n upload). untuk borang pengesahan maklumat pemohon tu kena print out n kena isi semua ruang.. jgn tertinggal satu pun sbb takut kena reject je. baca btl2 kat siapa yang perlu tandatangan... utk proposal jgn lupa tgk kat web sbb utk muka depan dia ada format yabg perlu diikut.
3.saiz fail mesti besar kan, so kena la pepandai kecikkan (compress) saiz fail utk download dlm web.
4. Lepas dah submit kat status kita akan kata "maklumat lengkap".. (memang dia kata maklumat lengkap sbb kita dah upload semua dokumen tp awas sbb kita tak tahu yang dokumen kita upload ikut tak apa yang KPT perlukan so mesti check bnyk kali sblm tekan butang submit ye...)
5. tunggu lbh kurang 2 ke tiga bulan utk tahu keputusan. Akan diberitahu melalui emai mengatakan kita dah leh check status permohonan.
6. masa check kat web tu dia ada butang terima tawaran n tidak terima. kalau terima akan ada dokumen yang perlu disediakan.. n perlu dihantar dlm tempoh 14 hari...

So ni la serba sedikit yg leh saya kongsikan. TQ

Thursday, February 13, 2014

Sambung belajar lg...

Alhamdulillah dpt jugak aku sambung belajar. Tp still d UPM. y?? sbb masa buat master semua peralatan yg nak guna utk Phd ni masih ada dan leh gunakan lg tanpa nak tunggu or order barang...





Buat masa ni plan 1 n 2nd semester akan buat proposal n start writing.. next 3rd n4rd buat testing n analysis n also writing. and seterusnya writing n cuba submit n cuba habiskan dlm 3 tahun.. Insha Allah.. mungkin di antara anda akan habis dlm 2 tahun. tp saya plan 3 tahun... apa2 perancanga, keizinan dr ALLAH..

Doakan saya dpt buat yg terbaik...

Saturday, January 25, 2014

Sekolah.....

Hi, selepas berehat tersangat lama ni nak updated ttg sekolah.. As u know saya dah kembali di Kedah so skarang Adam sekolah d Pra- Sekolah Kebangsaan Ibrahim.. Keseluruhannya tgk guru2 yang ajar Adam sgt berpengalaman, Hari-hari ada perkara baru yang abg Adam belajar...

                   

Untuk adik pulak, my husband n I decided to send Adam n also Syifa toVital Years. Class for 2 time a week n 1 hour per class.. Y we send them for English class? sbb mengisi waktu lapang abg n utk adik bergaul bersama- sama kawan.. Kami tak nak hantar adik ke sekolah tadika sbb belum ada keyakinan untuk lepas adik kat cikgu2. Mungkin tahun depan adik akan ke tadika..

So untuk fees Vital years.

1 hour class  = RM 115/ month
Registration  = RM 60
Materials = RM 60/year
Advanced fee = RM 115

register utk adik, monthly dapat discount 10%. So monthly fees for adik is RM 103.50.

So far tgk abg Adam ada perubahan. Makin yakin nak cakap dlm bahasa Inggeris. n makin bnyk words yang abg tahu.. Alhamdulillah.. kalau tak hantar hari cuti mesti main dan main sahaja...





Thursday, December 12, 2013

Dukacita dan Tabah..

Keputusan temuduga hari tu sudah keluar. Keputusan nye adalah DUKACITA... Tabah lah wahai hati...

Cerita kat kak cik dan along semua kata tiada masalah.. Akan ada rezeki lain.. Semestinya kena sambung belajar.. Seronok jugak sambung belajar ni.. Sebab nya kita akan melalui fasa-fasa perasaan seperti gembira, sedih, kecewa, geram, tabah, yakin dan banyak lagi. Ini disebabkan apabila kita buat research mcm2 yg kita kena handle. So kena pandai manage semua itu ye..

Sebab aku malas nak g hospital..

Entry ni nak cerita sbb2 aku malas nak follow up any appointment hospital utk Syifa..

1. Bila g hospital ikut tarikh yg nak diberi masa menunggu terlalu lama, then bila sampai giliran kita, masa nak tunggu doktor baca laporan n every appointment akan tanya soalan yg sama.Yg paling buat aku tak berapa nak bekenan doktor2 lbh suka bercakap ngan file n komputer sbb nak kena taip report.. (Ni bila aku dpt jumpa doktor). tp kalau nasib aku baik dpt jumpa pakar, cara doktor pakar tu layan n periksa patient sgt2 puas hati. sbb nye doktor pakar tu akan cek mcm2. tp kalau doktor biasa hanya tgk patient then terus tulis report. Aku agak musykil sbb sepatutnya doktor pakar la kan yg lbh expert berbanding doktor baru. tp cara doktor baru ni layan pesakit mcm lebih tahu.. tgk pesakit terus tulis report. tp kalau doktor pakar akan periksa btl2 then explain kat parents baru tulis report..

2. Masa nak dapat kan tarikh appointment, sgt2 la lambat n lembab... Wahai pihak hospital. kalau boleh letak la staff yg muda n leh bergerak ngan pantas. ni letak staff yg tah la.. kang ckap kang kata biadap kan... sepatutnya staff bahgian dpn bg la yg cekap.. ni nak tunggu lama utk dptkan no giliran n nak tunggu nama dipanggil masuk ke setiap bilik walhal bkn ada patient pun..(ni utk fisio n OT)

ni berlaku kat satu hospital yg aku pernah g. Lps malas nak g aku buat fisio n OT sdiri je. sbb semua benda yg sama yg aku leh buat umah je.

Tuesday, December 3, 2013

Kuatkan semangat wahai Syuhada...



Kesian kat adik.. nangis2 mintak bukak balutan tangan kanan tu.. Maaf syg mama tak leh asyik lemah semangat jer.. Adik kena di paksa guna tangan kiri adik.. Adik ada 2 tangan syg.. guna kan gak tangan kiri tu..

Mungkin ini salah satu cara utk buat adik tahu gunakan tgn kiri adik...

Thursday, October 31, 2013

Alhamdulillah.. Konvo Master @ UPM

 Alhamdulillah satu lg pengalamanberharga.. Kalini Konvo Master Insha Allah next year apply for PhD. Amin... harap2 makbul hendak nya...




Thursday, October 24, 2013

Temuduga Pegawai Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Td br jer interview as Pegawai pemeriksa kilang n jentera. Dpt pengalaman br lg..... Since dah lama tak g interview. so tis is the good xperince since dah bertahun tak attend any interview section.. Bila dapat panggilan interview tu as usual la kan godek2 google.. Nervous.. Itu perasaan biasa...

Dalam bilik tu just borak2 jer. tak stress pun tp biasa la pandangan biasa penemuduga kat aku kan. ye la kan aku ni tak kerja. umur dah tua.. br nak cr kerja .. huhuhu.. tak pe la redha jer.. just dtg interview ni sbb nak cuba.. dpt pun ok tak dpt pun ok. Coz nak sambung blajar lg kan..

Ada 2 org penemuduga. sorang dr jabatan n sorang dr kementerian. Utk org yg tak tahu pape ni mmg ler tak bnyk ditanya. utk yg bekerja tu dia akan tanya pengalaman kerja n bla, bla, bla...... Bahasa yg digunakan ialah bahasa melayu. Just nak ingatkan ni interview di Alor Setar, Kedah. Kalau kat KL or Putrajaya mungkin akan guna bahasa inggeris..

Nway good luck utk yg g temuduga tu nnti k..