Monday, May 11, 2020

Gas Hob Berkecai


Berkecai sudah gas hob ku setelah berjasa selama 4 tahun.. Satu kerja lagi nak cari yang baru. Tapi kali ni nak pakai yang jenis stainless steel. Geram pun ada, time puasa ni la nak pecahnya. Dugaan sungguh...

Tuesday, May 5, 2020

Tetap Hati

Hati ni mudah betul berbolak-balik. kadang-kala berfikir macam orang hilang akal. "Ok aku kena positif.." Tapi realitinya sukar.. bila perasaan benci dan negatif datang perasaan tu akan kembali kepada asal. Penat... Tapi itu lah kehidupan.. nak set positif bukan mudah tapi yang penting kena kuat.. Doa bnyk2.. solat mohon pada Allah.. Dia yang maha pengampun dan penyayang. Apa2 berlaku mmg telah ditentukan. Belajar untuk redha.. Insya Allah mudah segalanya..

Ya Allah kau Maha Baik.. Permudahkan lah urusan ku. Tetapkanlah hatiku.. Diaku kuatkan lah diri ini...

Monday, May 4, 2020

PKP shopping at Shopee

Bersawang blong ni. Lama tak update. nak cerita mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP. Sampai hari ni dah masuk PKP ke-5.

PKP Fasa 1 : 18/3/2020 - 1/4/2020
PKP Fasa 2: 1/4/2020 - 14/4/2020
PKP Fasa 3: 14/4/2020 - 28/4/2020
PKP Fasa 4 : 28/4/2020 - 4/5/2020
PKPB Fasa 5 : 4/5/2020

Sepanjang tempoh tu dah lama duk rumah. Tapi masih menjalankan kerja-kerja pejabat dari rumah. Aku ni dah ler pejabat 60km jauhnya. nak masuk pekan Alor Setar tu jenuh jugak nak cari jalan untuk sampai ke pejabat. Bnyk jalan tutup lagi...

Duk di rumah ni apa lagi, tak leh keluar so semua di hujung jari kan... beli barang guna shopee ler..

Just nak share je ye. senarai barang n kedai dlm shopee tu sepanjang aku duk rumah ni...

Ni beli mask. So far ok lah mask ni. Yang ni sebelum harga jadi RM1.50 sekeping. 

 Yang ni makanan kucing. Baru try jenama ni. Awal2 depa ni suka. Lama2 boring. Penghantaran pun OK

Beli motor kipas ni sbb nak jimat tak mau beli kipas baru sbb yang rosak motornya. so boleh guna dah kipas tu lepas ganti motornya. Penghantaran pun bagus..

beli sbb nak kisar kasar2. Mula2 nak beli jenama tupperware tp hubby kata jimat.. so kita try beli Cosway ni. Sampai hari ni masih tak rosak lagi ye. Penghantaran pun ok. 

Beli mesin ni sbb hubby dah rimas.. rambut dah panjang. yang guna benda ni hubby n Adib je. Si Adam tak mau potong rambutnya. Lagi rela biar rambut panjang dr abahnya potong. takut tak hensem n tak kena ngan style dia.. hmm.. penghantaran pun ok. Dari segi harga ada yang lg murah dari kedai ni. kualiti barang pun masih ok..

Ayam ni beli sbb lama dah tahan diri dr beli. Last2 beli gak. jimat ruang n cantik gak. seller ni wrapped benda alah ni dgn baik. n puas hati..

Tikar mengkuang ni pun penghantaran cepat. Cuma warna tak dpt purple. seller tu bg warna merah. ok lah.. nak lapik meja makan ja pun..

Beli buku ni seller tu cepat sgt tp penghantaran lambat. tp tak dela lama sgt. masih boleh di terima lagi.

Yang ni wet food. penghantaran lewat.

Pregnancy test ni pun lambat. Seller kata tak dak stok. Dari segi accuracy jgn tanya ya. Beli sbb tempoh PKP kan... 

Ada lagi beli kat shoppee ni. bnyk lagi. ni saja nak share kedai2 yang aku beli. Mana tau hampa2 pun mmg berhajat nak membeli. p cari kat kedai tu na..