Tuesday, November 23, 2010

lama tak bersiaran...

ari ni duk umh kt kedah balik after 1 month kat KL.. tp after tis mmg kn duk KL maybe for 2 years coz sambung blaja.. Alhamdulillah anak2 sihat n membesar ngan sempurna nye.. Syifa dah pndai nak menyembang.. Adam lak dah pandai nak bercakap n kadang2 ada gak la beberapa perkataan yg sukar di fahami...

Monday, October 4, 2010

Craft

Skarang ni tgh pulun nak siapkan persiapan utk berendoi n beday.. nak buat sdiri gak.. pasni leh la buat side income.. nak sambung blaja ni.. nak la cr duit. tampung2 nak blanja nnti.. ni sedikit hasil nye...

Gambar raya

lama rasa nye tak update blog ni.. busy sgt lately. busy ngan anak n persiapan nak buat kenduri utk my anak2.. ni gambar raya.. raya taun ni raya kat perlis. tak best sgt raya taun ni sbb first day raya dah demam.. sakit urat.. nak jln2 sgt pun tak leh sgt sbb ada anak kecik. so pepandai la ye...



malam esok nye kak yani blanja mkn.. TQ kak yani.. w/pun penat.. tp bnyk giler makanan di order.


Sunday, September 5, 2010

Raya...

lg 5 hari lg dah nak raya.. erm.. stakat ni br dapat berpuasa 2 hari.. sikit je... bnyk la nak diganti nnti... pantang dalam bulan puasa ni.. huhuhu.. ngan nak menyusu anak nya ngan nak jaga diri nye... dugaan2...

ni plak nak raya.. pantang lak habis lg 2 hari sblm puasa. t smalam mak teh kata org operate kena pantang 60 hari.. so, ikut je la kan. demi kebaikan diri sdirikan...

baju raya semua dah ok kot. cuma baju my hubby je lum... nnti sempat kot nak g beli.. baju aku pun stakat bj kurung.. jd la...

ari rabu ni my family datang sini b4 balik perlis. rindu kat anak ku itu... adam...
Mcm2 perangai baru dah ada... rugi gak 1 bln tak dapat tgk perkembangan anak.. tak pe la.. anyway thanks to my family coz jaga adam...

Tuesday, August 31, 2010

Adam mama rindu...


Anak mama sorang ni lg ni bila la nak balik. tak tgk lg adik dia ni. dah rindu sgt2 dah ni. bila mama rindu kat Adam mama tgk video Adam. Adam manja senang hati mama. Rindu nak dgr Adam panggil mama.. Bila Adam panggil tu seronok sgt2...

Bj raya Adam mama tak yah beli dah. yg ari tu, beli kat Bandung ada lg kan. mmg mama beli utk raya pun. Pastu dgr kata umi, atuk n opah n makcik pun ada belikan gak kan. bnyk sgt kan. kata ada satu beg plasti besar kan.. So mama tak yah beli la kan.

Syifa pun sama.. Mak tuk, tok Abah, mak lang n mak jang dah belikan dah kan. di tambah pulak ngan baju opah n umi n makcik n atuk beli n tok tam beli. wa.. senang bnyk mama adam n Syifa tahun ni.. Alhamdulillah...

Syukur..

29 and 30 januari 2010 aku kena bwk syifa g hospital. ada appointment dgn doktor. 29hb dgn doktor mata and 30hb dgn doktor kanak2. masa 29 hb tu kesihan kat Syifa masa doktor nak cek urat mata dia. Sblm kena cek tu nurse masuk kan ubat mata. ada la dlm 3 kali. Pastu bila ubat tu kembang baru leh jumpa doktor. masa tu la kesian sgt kat Syifa. kalu kena kat aku pun dah meraung agak nye. Doktor kepit mata Syifa atas n bwh senang dia nak tgk urat mata Syifa kot. masa dia masuk alat nak tgk urat mata syifa, time tu la Syifa menangis kuat sgt. Doktor mcm korek mata syifa je. kena buat kat 2-2 mata plak tu . Sakit nye.. Dah la Syifa ni tak kuat nangis, so bila dia nangis tu mmg sakit la.. aku n hubby pun tak sanggup tgk. merah je mata my hubby...
Ada satu bb tu lg kesian dia dtg lewat lg dr kitaorg. mungkin nurse tu ingat diaorg datang awal so panggil la dia masuk bilik doktor tu. so bila doktok cek mata dia tak leh. ubat tak kembang lg. so kena tunggu kejap. makna nya bb tu kena 2 kali la. kesian sgt. dah la bb tu kecik..

Lg satu appointment Syifa 30hb.. dah la dtg lambat. tgk2 org ramai giler. doktor plak kurang ari tu. Kata kakak tu slalu tak mcm ni. Slalu kejap je.. Tak pela kitaorg pun tunggu je. lg 50 orang kot time tu. Ada la dekat 4 jam tunggu. tp time kitaog kebetulan ada doktor pakar ni dtg. sepatutnya dia cuti, tp dia dtg gak. tgk pesakit ramai terus dia nak buat keja. kebetulan giliran kitaorg so dr tu la yg cek. nama doktor tu kalau tak salah DR KOMALA. Baik sgt n lembut org nya... dia cek2 Syifa , cek kepala dia,najis, perut, paru2, n tindakan refleks. doktor tu kata Syifa ok semuanya. Bengkak kat otak pun tak de. masa dia lahir dia kurang oksigen n jd sawan n ada tarik2 jugak. tp bila tgk tindak balas Syifa dotor tu kata ok semuanye. Doktor kata suruh rangsang skit Syifa n nnti kita tgk perkembangan dia kalau di lambat nak merangkak atau sbgnya diaorg akan bantu. hopefully tak la kan. Cuma ada lg appointment 12hb 10 ni.. Harap2 semua bejalan lancar. Amin..

Thursday, August 19, 2010

Syifa n Adam

Syifa skarang dah seminggu balik umah. After 3 minggu d hospital.. Alhamdulillah segalanya berjalan ngan lancar.. Syifa pun dah pandai minum susu tp saya tambah gak la ngan susu yg di perah.. risau Syifa tak pandai isap lg.. Skarang ni tgk Alhamdulillah Syifa ok n sihat. Ada appointment ngan doktor pada 29 n 30 hb Ogos. n satu lg 5hb january2011.tp 25hb ogos ni nak kena g klinik kesihatan. ada rutin cek. So skarang ni duk umah je menghabiskan masa berpantang.. boring duk sorang2.. la ni nak menjahit manik kat baju utk raya. Nasib baik ada bj yg dah jahit tp takletak manik lg.. leh la buat baju rayakan.




n my son... Adam Juhairy.. dah terlalu rindu mama kat Adam.. Opah n Atuk kata seminggu je. La ni dah dekat sebulan... Alasan kata badan mama tak kuat lg... tunggu raya nnti la br ambik adam.. aduhai.. rindu tak terkata.dah la tak pernah berpisah lama.. Adam ok la sbb ada org layan dia n ngada2 la dia.. kalau ngan mama dia mana la leh ngada2 sgt...

Sunday, August 1, 2010

Syifa Rajihah

Tanggal 26hb July 2010 pada pukul 9.52pagi waktu Syifa dilahirkan...ssbenarnya kul 5 petang aku dah rasa Syifa kurang gerak tp masih teragak2 nak g hospital. malam tu Syifa ada gerak tp mcm kurang skit.. kul 5 pagi aku mula tak sedap hati terus g hospital.. sampai kat hospital doktor buat ctg test.. doktor kata kena tahan wad.. aku ingat tak de pape..siap suruh my Hubby balik la dulu sbb sian kat Adam yg ngantuk sgt2.. kat wad buat ctg test lg denyut jantung bb still tak teratur... last2 doktor kata kena buat operation... emergency... bayang time tu ngan tak bersedianya.. Allah je tahu...Menggeletar giler.. Tetiba semua nurse dtg kat katil semua ada kerja msg2. sorng serkupkan rambut aku, masukkan jarum. tukar bj, bg tau prosedur, n mcm2.. mana la leh focus time tu.. berserah je la masa tu... Cal b, mama n Mil.. Semua terkejut.. mama terus bertolak dr KL ke Sg Petani..

kat operation room mmg dah takut.. bila nak start je operation tu, bila dr suntik ubat bius kat blakang,aku dah rasa kebas kat kaki kebawah.. doktor start membedah perut aku.. bila time bb kluar terus je diaorg bwk pergi.. tak dpt tgk langsung.. lps dr. siap menjahit aku kena tolak ke tempat menunggu sementara ditolak kat wad balik..

anak.. aku tak dpt apa2 info.. mungkin hubby aku g tgk.. lps sampai kat wad biasa, aku tunggu hubby dtg.. tp tgk muka sgt2 murung.. kata dia tak dapat tgk anak lg, sbb doktor tgh usaha selamatkan anak aku.. aku maintain cool sbb tak nak nampak sedih.. aku yakin ngan kuasa ALLAH.. aku redha.. tp dalam hati masih mengharap tiada apa2 yg negative berlaku..

Hari pertama selepas dioperate aku tak leh buat apa2 terlentang je.. semua mkn kencing semua atas katil.. kencing ada salur nya.. Mkn mama suapkan.. ramai dtg satu persatu.. kata tabahkan hati.. ada sorang dr. ni dtg kat katil aku kata nak kena ambik darah aku sbb anak aku tak cukup darah.. aku panik... apa ni.. aku tak tau apa2 pun.. dr kata better tanya kat hubby aku.. masa dr nak ambik darah aku kata dlm hati ambik la seberapa bnyk pun darah asalkan anak aku selamat... then bila tanya b kata anak masa lahir keadaan tak berapa baik.. putih mcm kertas.. tak de darah.. sbb tu kena ambik darah aku..

Esok nye bila nurse kata dah boleh bgn aku sedaya upaya nak bgn gak sbb aku nak tgk anak aku kat nicu.. sakitnye tuhan saja yg tahu.. dah la masa tu semua tak de.. aku sorang2 cuba bgn dan g toilet.. after tu br hubby dtg kata nape tak tunggu dia.. aku kata aku nak tgk anak aku.. tak peduli.. aku minta b g ambik kerusi roda tolak aku g nicu.. kat nicu.. aku tercari2 anak aku, then hubby tunjuk ventilator anak aku..
kesian.. bnyk wayar n jarum kat tubuh anak aku tu. hari pertama syifa bernafas guna oksigen.. hari kedua dtg jarum n wayar masih sama cuba oksigen je dah tak pakai..
7 hari kat atas ventalator.. aku sedaya upaya nak sihat.. sbb leh ulang alik anak.. aku cuba pam sebanyk2 susu. sbb aku tau khasiat susu ibu ni..

lps syifa dah ok dia kena transfer kat dlm incubator plak.. hari2 aku dtg borak2 ngan dia.. org kata baby ni kuat.. mmg betul sgt2.. tp still tak leh suck directly. minum semua ikut tiub.. bila doktar dtg kata ada satu test nak tgk mcm mana keadaan dia.. ujian tu ct scan.. bila ujian tu keluar, Ya ALLAH mcm gelap je dunia ni bila dr. kata ada bengkak skit kat otak Syifa.. Syifa mungkin tak normal.. perkembangan lambat. dunia gelap je.. tp aku tak nak nangis dpn Syifa.. Aku tak nak dia sedih..

Kat luar NICU, semua makcik2 aku tepon.. aku pun dah tak tertahan.. tersedu-sedu aku nangis.. tp b tak kluar pun air mata.. aku tanya kenapa?? dia kata walau mcm mana pun anak dia nnti dia terima.. dia redha.. aku bkn tak redha tp sedih kenangkan nasib dia.. mcm2 aku pk.. mcm mana masa dpn dia nnti?? Ya ALLAH aku berserah...

Lps 14 hari kat NICU dr kata Syifa dah leh duk kat wad biasa tp still kat dlm incubator.. time ni dr tanya aku dah kuat ke blum sbb luka bdh kena jaga gak.. aku kata aku dah kuat.. aku nak jaga n teman anak aku..

Siang mlm aku duk pam susu bg kat anak aku.. lama2 rasa susu makin kurang sbb tak de rangsangan dr Syifa.. aku cuba gak bg ada susu ibu.. aku tak nak syifa minum susu bancuh..
After 3 minggu Syifa duk wad aku n syifa dibenarkan balik...

Syifa kira kuat gak.. Sbb menurut my hubby masa dia kluar keadaan kulit dia putih.. tak de darah.. doktor pun kata dia 50-50.. takut sgt.. tp skarang dah ok.. segar skit.. cuma perkembangan dia kena pantau.. sbb otak dia ari tu kurang oksigen n jd sawan... tah la aku tgk syifa ok je... harap2 lepas ni dia makin ok.. doakan yg terbaik...

Gambar syifa atas ventalator


Syifa dalam incubator..

Monday, July 19, 2010

Baru balik dr KL

Penat nye.. B g ikut jalan lam dari KL sampai Simpang Pulai baru masuk highway.. Perjalanan yg lama n tak larat nye.. B4 tat td g PPUKM ada check up. OK je la td... mmg la org ramai.. tp kalau ikut prosedur n rajin bertanya tak la nakulang alikmasuk keluar bilik cek up kan.. Staff dia ok.. n tu je kot komen aku...

N satu lg td mcm biasa atuk n opah berat n lepaskan adam.. kata tinggal ngan diaorg.. huhuhu... tak sanggup rasa nye nak duk asing ngan Adam.... Adam lak syok la duk sana ada org layan.. umi dia sgt la manja kan dia n also Atuk..

Thursday, July 15, 2010

Minyak naik

Hmm.... minyak ni nak naik time aku nak balik KL la plak.. tak pe la.. pape pun kena balik gak kan.. naik 5sen. diesel pun sama... tah, dah naik tak kan turun2 nye kan.. bg yg keje makan gaji tak rasa sgt kot. tp bg yg keje sdiri ni... terasa gak la kan..

Baju baby ... Oh, baju Baby...

Skarng ni duk mencari baju utk my bb.. Insya Allah doktor kata 80% girl so, mcm nak giler la aku tgk baju yg jual secara on9... mcm2 ada.. tp stakat ni belum beli lg la. baju baru ada 3 pasang, beli masa g Bandung... Barut my gurl dah siap dijahit.. Ada 13 semuanya..(mak ai.. bnyk nye..) coz ari tu g la cari kain cotton flannel tp cina tu bagi kain cotton.. to bkn cotton yg keras tu yg lembut skit n mahal la skit.. beli 2 meter... so bnyk la dapat.. brg2 lain lum lg. sbb nak tgk kalu ada stok dulu2 yg Adam nye kalu ada lg... Mcm pad, atau pape je la... Jimat le skit..

Semangat kembali

Hari ni tah mana datang semangat nak menaip, tetiba je... Adam tgh tido, mama dia lak tak dak keje.. bkn tak dak keje tp kemalasan tengah dtg so mlm kang mama lipat kain yer.... So start from today aku nak blog2 balik..(betul ke ayat tu)... Sabtu ni nak balik KL ada appointment ngan HUKM hari Isnin ni.. WHY?? coz aku n hubby dah decide nak lahir kan our second baby kat sana.... Insya Allah kalu tak de aral melintang seminggu lps raya tarikh jangkaan nye... Lg pun senang skit lahirkan kat KL sbb ada atuk, opah, umi, acik n acu nak tgk2 kan Adam... Leh la layan kerenah anak ku itu.. Adam pun dah biasa ngan dia org... Senang hati skit nak berpantang.. Ada lak mak teh nak urut2, bertungku n scrub kot.. yg penting tak ssh kan org lain.. Ssh kan family sendiri tak pe kot.. hehehehe....