Sunday, August 1, 2010

Syifa Rajihah

Tanggal 26hb July 2010 pada pukul 9.52pagi waktu Syifa dilahirkan...ssbenarnya kul 5 petang aku dah rasa Syifa kurang gerak tp masih teragak2 nak g hospital. malam tu Syifa ada gerak tp mcm kurang skit.. kul 5 pagi aku mula tak sedap hati terus g hospital.. sampai kat hospital doktor buat ctg test.. doktor kata kena tahan wad.. aku ingat tak de pape..siap suruh my Hubby balik la dulu sbb sian kat Adam yg ngantuk sgt2.. kat wad buat ctg test lg denyut jantung bb still tak teratur... last2 doktor kata kena buat operation... emergency... bayang time tu ngan tak bersedianya.. Allah je tahu...Menggeletar giler.. Tetiba semua nurse dtg kat katil semua ada kerja msg2. sorng serkupkan rambut aku, masukkan jarum. tukar bj, bg tau prosedur, n mcm2.. mana la leh focus time tu.. berserah je la masa tu... Cal b, mama n Mil.. Semua terkejut.. mama terus bertolak dr KL ke Sg Petani..

kat operation room mmg dah takut.. bila nak start je operation tu, bila dr suntik ubat bius kat blakang,aku dah rasa kebas kat kaki kebawah.. doktor start membedah perut aku.. bila time bb kluar terus je diaorg bwk pergi.. tak dpt tgk langsung.. lps dr. siap menjahit aku kena tolak ke tempat menunggu sementara ditolak kat wad balik..

anak.. aku tak dpt apa2 info.. mungkin hubby aku g tgk.. lps sampai kat wad biasa, aku tunggu hubby dtg.. tp tgk muka sgt2 murung.. kata dia tak dapat tgk anak lg, sbb doktor tgh usaha selamatkan anak aku.. aku maintain cool sbb tak nak nampak sedih.. aku yakin ngan kuasa ALLAH.. aku redha.. tp dalam hati masih mengharap tiada apa2 yg negative berlaku..

Hari pertama selepas dioperate aku tak leh buat apa2 terlentang je.. semua mkn kencing semua atas katil.. kencing ada salur nya.. Mkn mama suapkan.. ramai dtg satu persatu.. kata tabahkan hati.. ada sorang dr. ni dtg kat katil aku kata nak kena ambik darah aku sbb anak aku tak cukup darah.. aku panik... apa ni.. aku tak tau apa2 pun.. dr kata better tanya kat hubby aku.. masa dr nak ambik darah aku kata dlm hati ambik la seberapa bnyk pun darah asalkan anak aku selamat... then bila tanya b kata anak masa lahir keadaan tak berapa baik.. putih mcm kertas.. tak de darah.. sbb tu kena ambik darah aku..

Esok nye bila nurse kata dah boleh bgn aku sedaya upaya nak bgn gak sbb aku nak tgk anak aku kat nicu.. sakitnye tuhan saja yg tahu.. dah la masa tu semua tak de.. aku sorang2 cuba bgn dan g toilet.. after tu br hubby dtg kata nape tak tunggu dia.. aku kata aku nak tgk anak aku.. tak peduli.. aku minta b g ambik kerusi roda tolak aku g nicu.. kat nicu.. aku tercari2 anak aku, then hubby tunjuk ventilator anak aku..
kesian.. bnyk wayar n jarum kat tubuh anak aku tu. hari pertama syifa bernafas guna oksigen.. hari kedua dtg jarum n wayar masih sama cuba oksigen je dah tak pakai..
7 hari kat atas ventalator.. aku sedaya upaya nak sihat.. sbb leh ulang alik anak.. aku cuba pam sebanyk2 susu. sbb aku tau khasiat susu ibu ni..

lps syifa dah ok dia kena transfer kat dlm incubator plak.. hari2 aku dtg borak2 ngan dia.. org kata baby ni kuat.. mmg betul sgt2.. tp still tak leh suck directly. minum semua ikut tiub.. bila doktar dtg kata ada satu test nak tgk mcm mana keadaan dia.. ujian tu ct scan.. bila ujian tu keluar, Ya ALLAH mcm gelap je dunia ni bila dr. kata ada bengkak skit kat otak Syifa.. Syifa mungkin tak normal.. perkembangan lambat. dunia gelap je.. tp aku tak nak nangis dpn Syifa.. Aku tak nak dia sedih..

Kat luar NICU, semua makcik2 aku tepon.. aku pun dah tak tertahan.. tersedu-sedu aku nangis.. tp b tak kluar pun air mata.. aku tanya kenapa?? dia kata walau mcm mana pun anak dia nnti dia terima.. dia redha.. aku bkn tak redha tp sedih kenangkan nasib dia.. mcm2 aku pk.. mcm mana masa dpn dia nnti?? Ya ALLAH aku berserah...

Lps 14 hari kat NICU dr kata Syifa dah leh duk kat wad biasa tp still kat dlm incubator.. time ni dr tanya aku dah kuat ke blum sbb luka bdh kena jaga gak.. aku kata aku dah kuat.. aku nak jaga n teman anak aku..

Siang mlm aku duk pam susu bg kat anak aku.. lama2 rasa susu makin kurang sbb tak de rangsangan dr Syifa.. aku cuba gak bg ada susu ibu.. aku tak nak syifa minum susu bancuh..
After 3 minggu Syifa duk wad aku n syifa dibenarkan balik...

Syifa kira kuat gak.. Sbb menurut my hubby masa dia kluar keadaan kulit dia putih.. tak de darah.. doktor pun kata dia 50-50.. takut sgt.. tp skarang dah ok.. segar skit.. cuma perkembangan dia kena pantau.. sbb otak dia ari tu kurang oksigen n jd sawan... tah la aku tgk syifa ok je... harap2 lepas ni dia makin ok.. doakan yg terbaik...

Gambar syifa atas ventalator


Syifa dalam incubator..

1 comment:

  1. kuatkan lah semangatmu wahai anak..teringat kembali pada anak saya..sama keadaannya masa di NICU..

    ReplyDelete