Tuesday, April 8, 2014

Prosedur mohon MyBrain15

MyBrain15 ni salah satu inesiatif kerajaan untuk melahirkan ramai tenaga kerja yang berpendidikan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi.. So.. kerajaan bagi peluang kat sesapa yang berminat melajutkan pelajaran utk master or PhD.  K untuk Master kerajaan akan support yuran sahaja n also after habis Viva bila kita submit hard cover (final) thesis n borang tuntutan thesis akan dpt la maximum RM3000.

Bagi PhD kerajaan bagi elaun sara diri maximum RM2300/month, yuran n elaun thesis n journal. ni bagi yang tak bekerja sahaja. bagi bekerja contoh kakitangan swasta/pensyarah IPTS/ kakitangan kerajaan (kontrak/sambilan/sementara)/ pesara kerajaan layak untuk bantuan yuran .

So kat sini nak share cara mohon myPHD, masa mohon master tak ingat sgt tp rasanya lebih kurang sama.

1. Kena register n isikan butiran diri. (kena ada surat tawaran dari universiti)
2. kena upload kad pengenalan, proposal, transkrip, surat tawaran kemasukan universiti, n borang pengesahan maklumat pemohon. (semua ni kita photostat n kena buat pengesahan sblm scan n upload). untuk borang pengesahan maklumat pemohon tu kena print out n kena isi semua ruang.. jgn tertinggal satu pun sbb takut kena reject je. baca btl2 kat siapa yang perlu tandatangan... utk proposal jgn lupa tgk kat web sbb utk muka depan dia ada format yabg perlu diikut.
3.saiz fail mesti besar kan, so kena la pepandai kecikkan (compress) saiz fail utk download dlm web.
4. Lepas dah submit kat status kita akan kata "maklumat lengkap".. (memang dia kata maklumat lengkap sbb kita dah upload semua dokumen tp awas sbb kita tak tahu yang dokumen kita upload ikut tak apa yang KPT perlukan so mesti check bnyk kali sblm tekan butang submit ye...)
5. tunggu lbh kurang 2 ke tiga bulan utk tahu keputusan. Akan diberitahu melalui emai mengatakan kita dah leh check status permohonan.
6. masa check kat web tu dia ada butang terima tawaran n tidak terima. kalau terima akan ada dokumen yang perlu disediakan.. n perlu dihantar dlm tempoh 14 hari...

So ni la serba sedikit yg leh saya kongsikan. TQ

8 comments:

  1. Salam

    Saya nak tanya, saya master habis mybrain 28/2/2015 ni, adakah saya masih layak memohon bantuan tesis? sedangkan saya dah tamat pengajian pada tarikh tersebut. Hal ini kerana, saya masih sedang menunggu untuk viva voce.Sebab syarat bantuan tesis bergantung pada syiling yuran pengajian yang masih berbaki..huhu

    ReplyDelete
  2. Boleh jer..sy pun mcm tu..alhamdulillah dah setel

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanya. Kalau mohon myphd coursework tak payah attach proposal kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myphd ada coursework ke? Maaf setahu saya buat Phd semua ada research.

      Delete
  4. Assalam nak tnye..

    saya buat mix mode tp tajuk penyelidikan xde lagi sbb last sem baru buat projek..
    so utk bhgian tajuk penyelidikan tu mcm mane ye..ke hanya utk research je..

    ReplyDelete
  5. salam, saya nak tumpang bertanye, saya cuba untuk membuat permohonan my brain phd, sebelum ini saya sudah memohon mybrain master bila saya log in dengan account sedia ada tiada pula direction untuk pengisian permohonan phd. bila saya cuba create account baru tidak boleh pula memandangkan is menggunakan number ic. mungkin saya tersilap pandang di mana2 boleh Puan bantu saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy xpasti jika awak dh tau atau belum.. Awk perlu reset semula password dgn anta surat rasmi ringkas beritahu yg kita nk reset semula pswrd utk permohonan myphd, scroll dan transkrip master dan juga surat tawaran phd ke bhgn biasiswa KPT.

      Delete
  6. hye nk tnye....ada cth proposal utk mybrain x?

    ReplyDelete