Tuesday, November 18, 2014

Perkembangan Terbaru



Alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi milik Allah... Sudah agak lama tidak menulis kerana kengkangan masa dan aktiviti rumah yang lain.. Minggu ini adalah minggu terakhir Adam bersekolah di sekolah tadika sebelum melangkah ke sekolah rendah. Keputusam peperiksaan Adam juga sangat bagus (alhamdulillah). Tahun depan Adam akan bersekolah di SK Ibrahim. Nak masuk ke SK Ibrahim ni pun ada exam nya..  Sebab sekolah tu adalah sekolah berprestasi tinggi. Moga2 Adam akan menjadi insan yg berguna di masa hadapan (Amin)..


Syifa pulak tahun depan baru nak hantar ke sekolah tadika sepenuhnya. Sebelum ni hanya hantar ke kelas bahasa inggeris (Vital Year) seminggu sekali. Walaupun cikgu kata Syifa slow skit membaca tp yang penting aktiviti yang dijalankan Syifa boleh ikut dan Syifa seronok ke kelas. Tahun depan Syifa akan saya hantar ke Tadika Kemas berhampiran dengan rumah. Senang kalau ada apa2 hal.. Dan mengenai terapi Syifa, kami masih lagi meneruskan terapi di hospital dan kalau diizankanNYA awal tahun depan Syifa ada appointment MRI. Appointment pertama selepas 4 tahun. Sebelum ini hanya ujian CT Scan sahaja yang dijalankan, itu pun semasa awal kelahiran, Kali ni kami request nak buat MRI, kami nak tengok perkembangan keseluruhan bdn Syifa. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.


Syifa gak ada ikuti aktiviti hospital (horse back riding) once a week. Sangat2 membantu.. dan sebenarnya anak2 istimewa ini sgt berani. mengapa saya katakan begitu, bayangkan kita yang normal nak naik kuda yg besar dengan tinggi nya.. MasyaAllah rasa gayat sgt. Tp bdk ni berani, siap boleh lepas tgn lg.. Aktiviti ni adalah inisiatif Puan Vino. One of the OT staff kat Hospital Sultan Abdul Halim, SP. Allah anugerahkan kami seorang juruterapi yang sgt berdedikasi. bnyk aktiviti yang beliau cuba adakan. Kami sgt2 berterima kasih...

No comments:

Post a Comment