Sunday, June 14, 2015

Alhamdulillah

Hari ni dah sebulan lebih bekerja sebagai penjawat awam. Syukur sangat sbb Allah makbulkan doa. Lg 2 hari akan jalani ibadah puasa. Kali ni dapat puasa penuh.. Alhamdulillah.

Rutin baru adalah tiap-tiap hujung minggu kena balik ke Kedah sebab anak-anak masih di Kedah. Urusan nak tukar sekolah pun masih tak dapat buat keputusan. Sebabnya rumah sewa masih belum cari dan sayang untuk tukar sekolah Adam. Adam sekarang sekolah di SBT. So kalau keluar sgt2 sayang. Harap dapat buat keputusan secepat mungkin.. Doakan yang terbaik ya untuk kami.

Cuti sekolah 2 minggu, anak2 duk KL. Jalan2 di KL. pergi Farm in th City.Walaupun tempatnya tak besar tp anak-anak boleh sentuh dan bagi makan kat binatang-binatang kat situ. Kalau bawa pergi zoo anak-anak hanya boleh tengok sahaja, tapi pergi ke Farm in the City diaorang boleh bagi makan lagi. Boleh tengak gelagat anak-anak.



3 comments:

  1. Salam Syuhada, Akak nak tanya Syu buat splint kaki untuk ank kat mana ya. Harganya berapa untuk sepasang?
    Anak akak namanya Adam kena tukar splint kaki baru. Dulu buat ngan Thehlin..Harga agak mahal sikit. Ingat nak cari yang harga berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak. Maaf br balas. Splint kaki n tangan saya buat percuma. Buat d PPUKM.Sbb saya ada kad OKU. Saya tanya kat staff OT n diaorg buat surat refer utk buat splint kaki n tangan secara percuma.

      Delete
    2. Salam kak. Maaf br balas. Splint kaki n tangan saya buat percuma. Buat d PPUKM.Sbb saya ada kad OKU. Saya tanya kat staff OT n diaorg buat surat refer utk buat splint kaki n tangan secara percuma.

      Delete